Sunday, March 21, 2010

kisah si tudung bulat dan si tudung 3 segi

tetiba aku teringat kisah yang berlaku 4 tahun lepas...17hb sept 2006...mana boleh lupa sbb aku ingat! hikhikhik...

dulu aku memang pakai tudung labuh.lebih labuh dari tudung adik ku sekarang- (btulkan mah??? :p)... bila aku dapat melanjuntkan pelajaran ke UPM kampus Bintulu dan cost aku amik Sains Pertanian aku mula mengenakan tudung pendek. (orang kampung kata, tudung 3 segi..org bandar kata tudung pendek..hik3)
sbb ape aku berubah? biarkan mereka yg rapat dgn ku saja tahu apa sebabnya...:(

suatu hari aku ingin berjumpa kawan lama ku..belajar sama2 waktu di teluk intan perak dulu. kami pun merancang, dan akhirnya berjumpa... alangkah terkejutnya kawan ku ini... tau apa yang keluar dari mulut dia? 'napa ko berubah minah? kenapa ko berubah'(adalah nak dekat berpuluh kali dia ulang bnda yg sama...)'mana tudung labuh ko dulu..lebih labuh dari aku?'

aku mula rase xselesa... dia pandang aku dari atas hingga bawah..aku masih lagi berpakaian.. masih lagi menutupi..masih lagi menjatuhkan tudungku dari paras dada..aku masih berpakaian tapi pandangan dia seolah2 aku tidak memakai baju pun... aku sedih..rase nk menangis kat situ je.. aku biarkan aje semua soalan dia-sbb dia xperlu tahu kenapa aku berubah... itula perjumpaan pertama n terakhir setelah 8tahun kami tidak berjumpa.. selepas perjumpaan tu, dia langsung tak pernah jawab panggilanku...dia xpenah langsung membalas msg ku....hanya Allah yg tahu betapa aku kecewa bila seorang sahabat melayan aku mcm tu...

dia sahabat aku...dia sahabat yang pernah tidur sebelah, makan sepinggan, mandi sama2.... seandainya seorang sahabat hanya meletakkan pakaian sebagai halangan untuk bersahabat..patutkah?

dalam aku bersedih mengenangkan mempunyai sahabat begini...aku masih bersyukur di kurniakan adik bertudung labuh yang sangat positif. Terima setiap perubahan kakak n kawan2 di sekelilingnya tanpa sedikit pun sindiran, tanpa perlian, tanpa berfikiran...(spt diatas..).. tak pernah sekali dia malu bila berjalan dgn kakaknya yg bertudung 3 segi ni...aku bangga mempunyai adik yang bertudung labuh tanpa sikit pun memperkecil atau memperkotakkatikkan permakaian org di sekelilingnya..

kenapa orang senang sangat menghukum hanya melihat dari segi pakaian? pepatah org putih ada mengatakan- jgn menilai buku dari kulitnya...napa kita x belajar dari pepatah ini?

kepada adikku- siti fatimah jamaludin...terima kasih kerana sentiasa menjadi adik yang bijak n sangat berfikiran positif.. terima kasih...

besarkanlah mata..buka sedikit ruang di hati untuk menerima kebaikan dan kelemahan orang di sekeliling...kita pun bkn sempurnakan???


ikhlas-nong..

2 comments:

  1. semakin berkembang penulisan anda...mabruk...teruskan usaha...cayok3!!

    ReplyDelete